Friday, May 1, 2009

Tip fesyen tubuh besar

Tip fesyen tubuh besar
1. Pakaian berjalur lurus dan tegak membuatkan bentuk badan lebih langsing.
2. Elak memilih fesyen bercorak sarat, ia akan menampakkan bentuk badan lebih besar.
3. Pilih warna rona lembut dan kosong terutama untuk kemeja bagi penampilan nampak kemas dan kosong.
4. Untuk menyembunyikan bentuk badan, warna gelap adalah alternatif terbaik bagi si bertubuh besar.
5. Padanan warna lembut dan terang di bahagian atas pinggang diyakini mampu mengimbangi berat badan. Manakala gayakan pula seluar rona hitam untuk kesan seimbang.
6. Elak menggayakan beberapa aksesori tambahan seperti jaket, selendang mahupun baju sejuk kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan gempal.
7. Pastikan pakaian yang dipilih sedikit longgar dan tidak melekap pada badan. Pakaian yang melekap hanya akan menampakkan lagi lemak pada tubuh badan.
8. Padanan kemeja-T dan denim longgar mampu mencetus gaya sederhana tapi menarik.
9. Tidak salah berfantasi gaya seperti yang bertubuh kecil asalkan bijak menyesuaikan warna dan saiz pakaian.
10. Akhir sekali, jangan sesekali takut atau ragu untuk bergaya. Beranikan diri mencuba gaya terbaru dan ketepikan kritikan negatif asalkan anda tampil hebat. Panduan XXL Warna Pakar fesyen menyatakan warna gelap dapat memberi kesan lebih ramping. Justeru, beranikan diri memilih warna seperti:
· Hitam
· Merah
· Ungu
· Hijau gelap
· Biru tua

Corak Sekalipun hanya corak, namun ia memberi makna besar dalam penampilan anda. Pilihlah corak berikut:
· Berjalur
· Motif sederhana
· Rekaan seimbang Fabrik Fabrik kapas amat sesuai dijadikan pakaian harian kerana menyerap peluh. Jika ingin menghadiri sesuatu majlis , pilih fabrik yang tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Bahan nipis seperti sifon atau organza sebolehnya dielakkan kerana boleh menampakkan lekuk dan bayangan badan yang tidak diingini. Seeloknya, jika mahu ke parti pilihlah fabrik dari jenis tisu dan viscose.

2 comments:

aan_una said...

huhu..entri pertama aku..apo bondo la eh..

keyjut said...

sye bdn xla gempl sgat,sye pendk org nye,sbb 2 sye gemk pendk..kwn2 slalu usik ble nk krus n bergya...sye og nye ag simple...coz sye nk bergya pun sye tgk dri sye...blh x tnjk cre nk bergye untk dri sye....